Duá Raihul Ahmar Audio
Download Doa Angin Ahmar
Doa Angin Ahmar
Apakah Raihul ahmar (atau candik olo dalam bahasa jawa) itu ?
Penyakit angin ahmar ini telah ada sejak jaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda menghadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa bangga diri. Dalam hatinya berkata siapakan makhluk Allah yang tidak mau tunduk kepadanya.
Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia yang besar, gagah, hebat serta garang. Nabi Sulaiman AS terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia dan mengapa ia datang.
Lembaga itu menjawab bahawa dia adalah Ar-Raihul Ahmar(Angin Ahmar) yaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia di beri kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk bisa meresap ke dalam urat saraf, darah dan otak seseorang sehingga hilang akal.
Nabi Sulaiman AS segera mengarah panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul Ahmar itu, namun lembaga itu menjawab bahawa tiada siapapun makhluk yang bisa membunuhnya, lalu segera menghilang.
Angin Ahmar masih ada hingga jaman Nabi Muhammad SAW dan pada hari ini. Pada jaman Nabi Muhammad SAW, cucu baginda yaitu Sayidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah.
Ketika itu, turun Malaikat Jibril memberitahu bahawa Hassan terkena penyakit Angin Ahmar. Lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab 'ada' lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali memberitahu Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah mengkaruniai doa mustajab bagi siapapun yang membacakannya walaupun sekali seumur hidup.
Baginda pun membaca doa itu, lalu Sayidina Hassan pun sembuh. Baginda menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan doa itu kepada umat Islam yang lain.
Kepada mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar, hendaklah berusaha mengamalkan doa ini sesering mungkin, terutamanya sesudah solat. Sesetengah ulama menulis doa ini dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih, kemudian di basuh dengan air lalu sebahagiannya di sapu pada anggota yang terkena penyakit tersebut.
Alternative Download
Petunjuk-melewati-iklan-linkshrink-saat Klik LINK Download
_________________
Tehnik-visualisasi-ala-sufi
https://perpustakaanislamdigital.com/index.php/fp/content
No comments:
Post a Comment